May 26, 2010

SEAGALANYA MURAH

Central Market - tempat membeli belah popular di Phnom Penh

Kemboja sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadan dengan Thailand di barat, Laos dan Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.

Negara yang mempunyai jumlah penduduk hampir 15 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke 14.

Pada 7 Jun 2010 aku berkesempatan mengunjungi negara yang terkenal dengan Angkor Watt dan Killing Field iaitu tempat pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja semasa pemerintahan rejim Pol Pot pada sekitar tahun 1975.Tapi sayang aku tidak berkesempatan mengunjungi kedua-dua tempat bersejarah itu kerana masa yang terhad.

Sambil menyelam minum air, aku ke sana atas tugasan liputan Lawatan rasmi Perdana Menteri, Dato seri Najib Tun Razak.

Walaupun hanya enam hari aku disana, berpeluang juga lah aku melihat karenah orang di sini sambil meronda cuci mata dan cuci poket di bebrapa tempat sekitar Phnom Penh.

Memang segalanya murah disini, pakaian, souvenir, barangan elektrik, barangan kemas hingglah kepada gadis-gadis Kemboja.yang menawan yang ditemui menjadi jurujual di Centeral Market.

Phnom Penh sebuah bandar yang sentiasa sibuk dengan deruan injin motosikal, kalau memandu disini ibarat memandu di jalan raya yang tiada peraturan, memandu sesuka hati terutama motosikal yang terlalu banyak di jalanraya.Rasanya Mat rempit di Malaysia pun takut untuk menunggang motosiakal di sini.Hairannya tiada kemalangan jalanraya dapat di lihat sepanjang aku disini. Pengangkutan awam di sini adalah Tut tut.. iaitu sebuah kenderaan 4 roda yang ditarik oleh sebuah motosikal yang sedikit ubahsuai, tidak seperti di Thailand tut tut adalah motosikal yang diubahsuai sepenuhnya menjadi seperti sebuah kereta.

Dengan bayaran USD10 atau 42,000 Riel bersamaan RM32 anda berpeluang mengeliling bandar Phnom Penh sehari suntuk malah mereka sanggup menunggu jika anda pergi membeli belah kerana mereka tidak mahu pelanggan mereka di ambil pemandu tut tut yg lain.

Jika mahu menjamu selera, terdapat beberapa restoren halal, antaranya Malaya Cafe, Mamak Cafe yang menyediakan masakan malaysia dengan harga yg cukup murah.

Rakyaatnya memang peramah, namun kebanyakkan pemandu tut tut disini kurang fasih berbahasa Inggeris malah ada yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeri atau membaca, jadi lah seperti ayam dan itik bersembang.. atau berbahasa isyarat.

Tapi kalau berkunjung ke Centeral market kebanyakkan mereka pandai berbahasa inggeris yang boleh kita fahami, malah ada yang pandai berbahasa melayu.

Pusat mengurutnya pula bersepah (urut yang betul bukan yang menyeleweng) dengan kadar bayaran antara USD10 untuk sejam setengah perhidmatan, malah bilik yang disediakan sentiasa dipantau oleh taukenya pada setiap minit supaya ianya tidak menyeleweng dari tujuan asal

Kebanyakkan rakyat Kemboja berpendapatan rendah iaitu di bawah USD 100 (RM320) sebulan, rata-rata dari mereka yang di temui adalah miskin tegar bayangkanlah seorang anggota polis hanya mendapat gaji antara USD50 sebulan, malah pendapatan bulanan seorang menteri di Kemboja sekitar USD500. Pengemas bilik hotel pula hanya memperolehi USD3 sehati. Jika mereka mendapat USD10 sehari sudah lebih dari cukup untuk menyara kehidupan sekeluarga.Tidak hairanlah jika ramai rakyaat Kemboja yg berhijrah ke negara lain termasuk Malaysia untuk memperolehi pendapatan yg lumayan.

Suasana di tengah-tengah bandar Phnom Penh

Tut-tut merupakan pengangkutan utama di Phnom Penh. Pemandu Tut tut sedang menanti pelanggan dihadapan Central Market

Pemandu Tut-tut sanggup menunggu pelanggannya membeli belah kerana tidak mahu pelanggannya di ambil pemandu lain

Tugu Peringatan - salah satu mercu tanda Phnom Penh

Aku ketika cuba memandu tut tut

pemandangan biasa di bandar Phnom Penh - kenderaan pelbagai guna

Di hadapan restoran Malaya Cafe- restoran makanan halal lagi murah

menjamu selera di restoren Sea Food - tak berapa nak halal.

memilih kain sutera Kemboja di Central Market

ketika dalam perjalanan ke hotel penginapan

pilih..pilih... murah..murah...tak nak beli pun kena beli juggak apabila gadis manis ini pandai melayan pelanggannya

gadis penjual jeruk di tengah-tengah Russian Market

mahu menukar wang untuk menjadi jutawan Kemboja USD100 bersamaan Riel 42,000

menjual cengkerik dan belalang goreng yg di campur dengan rempah ratus

pilih..pilih... cantik... cantik.. termasuk gadis penjualnya..di Central Market

wajah manis gadis penjual kain di Central Market

Gadis manis di Cafe Malaya sedang melekatkan kad nama mereka yg pernah mengunjunginya disini.. termasuk le kad aku


SILA KLIK PADA GAMBAR UTK MELIHAT SAIZ YG LEBIH BESAR

Apr 30, 2010

DAH BERAPA LAMA KENA KENCING MANIS












Dah berapa tahun mengidap kencing manis? tanya seorang doktor yang kukenali di sebuah Hospital Swasta di Kuantan ketika aku terbaring di katil wad kecemasan pada (13/12/2009) sambil memegang tangan dan lenganku doktor itu mengulangi pertanyaan yang sama padaku, kali ini agak kuat sedikit, mungkin doktor itu menyangkakan pertanyanya tadi agak kurang jelas..Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga merenung doktor dan seorang jururawat di sebelah kiriku, maklumlah ketika aku terbaring tadi mataku terlelap seketika dan tiba-tiba aku di kejutkan dengan pertanyaan yang sedemikian...lalu dengan perlahan aku menjawab agak terperanjat.. "apa? saya ada kencing manis ke doktor?

Dengan penuh yakin doktor itu menjawab "ada, agak tinggi juga kandungan gula" sambil mengarahkan jururawarnya menyediakan ubat yang bakal di berikan padaku, sambil doktor itu mebelek-belek lapuran perubatan dihadapannya dan memberitahuku "menurut lapuran ini kandungan gula nya memang tinggi, awak saya akan berikan suntikan" ketika doktor itu membelek lapuran itu, mataku melihat jururawat sedang menyediakan ubat dan jarum suntikan yang berada di sebelahku, maklumlah aku sekarang berada di wad kecemasan yang juga menjadi tempat menyimpan segala jenis peralatan kecemasan dan ubat-ubatan disekeliling katilku.

Aku cemas dan takut seketika, bukan kerana takutkan pada jarum suntikan, kerana baru sejam tadi aku telah diberi suntikan ubat penahan sakit, tapi setahu aku rekod perubatanku bebas dari penyakit kencing manis, kenapa tiba-tiba aku mengidap penyakit itu. Mujur pada ketika itu aku terpandang pada fail lapuran perubatan yang di pegang jururawat disebelahku. Aku terperasaan fail lapuran itu agak nipis hanya beberapa helaian kertas sahaja sedangkan fail lapuranku tebalnya lebih seinci.Lalu aku bertanya pada jururawat " pesakit lain kot " sambil menyemak helaian lapuran itu " encik ni nama encik Osman ke? tanya jururawat itu, "hah bukan" kataku, "Haiya salah orang la" kata doktor sambil menepuk bahuku dan pergi dari situ lalu di ikuti jururawat tadi tersipu-sipu malu.

Aku yang dalam kebingungan terfikir sejenak apa akan terjadi padaku sekiranya aku di beri suntikan ubat penyakit kencing manis tadi dan adakah perkara sebegini pernah terjadi pada pesakit lain.Mengapakah doktor atau petugas tidak memastikan pesakit yg di rawat adalah orang yang betul.

Aku agak bernasib baik hari itu kerana tidak menerima ubat yang salah, aku terpaksa terbaring menahan kesakitan di wad berkenaan sejak dari jam 12 tengahari lagi kerana menanti untuk di tempatkan ke wad kerana semua bilik telah penuh.Sejak aku terbaring tadi beberapa kali aku berubah katil kerana memberi laluan kepada pesakit lain untuk mendapatkan rawatan, mungkin dalam suasana agak kelam kabut itu aku menjadi mangsa tersalah pesakit.Hanya selepas jam 7 malam baru aku di tempatkan di sebuah bilik.

Mar 17, 2009

RAMAINYA PEGUAM BELA KARPAL SINGH

13 orang termasuk 4 anaknya akan membela Karpal Singh dalam kes hasutan di mahkamah Sesyen kerana mahu menyaman Sultan Perak berhubung krisis kepimpinan negeri Perak.

Ramainya peguam yang akan membela beliau dalam kes ini, telah di ketahui ramai Karpal adalah seorng peguam yang handal, tidak mampukah Karpal membela dirinya sendiri, atau beliau sudah hilang kredibilitinya sebagai peguam atau peruntukkan undang-undang tidak membenarkan dia berbuat demikian, atau kes ini terlalu berat baginya sehingga memerlukan khidmat 13 peguam lain.

Berjayakah Karpal kali ini..??

TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR...

Akibat keceluparan, kerana tak sayang mulut, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, di gantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun.

Terlajak Perahu Boleh Di undur, Terlajak Kata terimalah padahnya, walaupun telah di beri amaran berulangkali oleh speaker Dewan, supaya berkelakuan sopan dari mengeluarkan kata-kata yang menghina dalam dewan, Gobind masih mahu menunjukkan kejantanannya dalam dewan tanpa menghiraukan amaran.

Dia mahu menjadikan kekebalannya dalam dewan sebagai senjata untuk berkata apa saja, seperti bapanya Karpal Singh, namun ianya tidak menjadi kerana perlakuannya sudah dianggap melampau, dan tindakan yang di kenakan padanya adalah berpatutan.

Sepatutnya Karpal Singh juga patut di kenakan tindakan yang sama kerna tuduhan melulu dan megelurkan perkataan celaka pada pemuda UMNO, barulah di katakan Bapa Borek Anak Rintik.. JANGAN MAIN-MAIN SAMA SAYA.

Feb 23, 2009

RUNTUHNYA 3 BUKIT

Pada 6 disember lalu kita di kejutkan dengan runtuhan Bukit antarabangsa yang mengorbankan 4 orang dan 15 yg lain cedera.

Kini kita sekali di kejutkan dengan runtuhan, kali ini membabitkan 3 bukit pelbagai bangsa, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan.

Bukit Gantang, Perak membabitkan Ahli Parlimennya Rosalan Shahrum dari Parti PAS yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu akibat sakit jantung.

Bukit Selambau, Kedah pula membabitkan ADUN nya V. arumugam dari PKR yang meletakkan jawatannya sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri Kedah juga pada 9 februari lalu kerana terlibat dengan salahlaku, beliau di katakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

Bukit Lanjan Selangor membabitkan ADUN nya Elizabeth Wong wakil rakyat PKR meletak jawatan sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 17 februari, kerana terbabit dengan gambar separuh bogelnya yang disebarkan melalui internet.

Sehubungan itu satu pilihanraya kecil akan di adakan untuk merebut kerusi yang telah kosong. secara tidak langsung ianya merupakan satu perebutan 3 bukit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, semoga perebutan ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Apakah akan ada bukit yang keempat akan runtuh selepas ini.....

Feb 21, 2009

DARI KUANTAN KE LUBNAN





Lubnan sebuah negara di barat laut Asia, di sebelah timur Laut Mediterranean yang bersempadan dengan Syria dan Israel, sebuah negara yang masih dalam kancah peperangan antara puak Hezbullah dan Israel. Biarpun gencatan senjata yang berulangkali, namun penduduk negara ini masih dalam ketakutan terutama di penempatan yang bersempadan dengan negara berkuku besi Israel. Pihak Israel yang rakus untuk meluaskan jajahan takluknya sanggup melakukan apa saja bagi menyempurnakan hajatnya. Yang menjadi mangsa adalah rakyaat Lubnan.

Negara yang juga di kenali sebagai Swltzerland Timur Tengah kerana kemajuan kewangannya suatu ketika dulu merupakan sebuah negara pelancongan terkenal, kini musnah angkara pertelagahan yang berlarutan.

Angkatan Tentera Malaysia melalui MALCON adalah antara negara yang dipertanggunjawabkan menjadi pasukan pengaman di bawah payung PBB melalui UNIFIL bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini.

Aku mewakili pihak media di beri tugasan bagi menggambarkan secara dekat tugasan Angotta MALCON sambil menyelami rintihan rakyaat Lubnan yang di landa kemelut ini.

Feb 20, 2009

KEINDAHAN ALAM


ANTARA KOLEKSI KEINDAHAN ALAM DARI HUJUNG LENSAKU.

Feb 19, 2009

BERNAFAS DALAM LUMPUR

'SYUKUR ALHAMDULILLAH... Aku Masih Hidup ' itulah kata-kata yang dapat aku lafazkan setelah terselamat selepas terperangkap hampir 4 jam dalam satu kebakaran hutan di Batang Berjuntai.

Aku bersama wartawan Azwaliza Azman ditugaskan untuk membuat liputan operasi memadam kebakaran hutan bersama anggota bomba di kawasan hutan Raja Muda Musa di Batang Berjuntai kira-kira 5 tahun yg lalu.

Kami di bawa menaiki helikopter jenis Augusta milik Jabatan Bomba, aku dan Wawa bersama seorang pegawai bomba diturunkan di tengah-tengah hutan kira kira-kira 100 meter dari kawasan yang terbakar.

Liputan kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kami berada di kawasan yang separuh terbakar untuk merakamkan anggota bomba memadam api.

Liputan selesai sejam kemudian dan kami berjalan pulang untuk kekawasan pendaratan helikopter untuk kembali ke pusat gerakan. kira-kira 5 kilometer dari situ.

Selepas 50 meter kami meninggalkan kawasan yang terbakar, tiba-tiba asap tebal mara kearah kami di ikuti bunyi desiran api yang membakar dengan pantas, sehinggkan jarak penglihatan kami begitu terhad, bahkan aku tidak dapat melihat orang di depanku walupun hanya beberapa meter.

Susana agak kelam kabut dan kami sedikit panik, kakiku sudah rasa mau terbakar kerana terbenam di dalam pasir jerlus yang bawahnya adalah bara api kesan kebakaran sebelumnya

Aku hampir tidak boleh bernafas biarpun memakai topeng, kerana ttidak mahu keadaa menjadi lebih buruk aku mengambil keputusan terjun kedalam parit berdekatan kerana hendak barpatah balik sudah tidak mampu kerana asap begitu tebal dan bahang kepanasan makin terasa. Ini di ikuti Wzwa dan dua anggota bomba yg lain.

Lega rasanya kerana terselamat seketika, walaupun air parit yang separas dada itu berbau masam.

Aku hanya memikirkan keselamatan kameraku supaya tidak di tenggelami air tanpa memikirkan barangan lain.

Kamera terpaksa ku junjung di kepala supaya selamat, namun handphoneku yang baru 3 bulan ku beli musnah di tenggelami air di dalam kocek vest yang ku pakai.

Hampir 30 minit kami berendam di dalam air parit yang berbau masam, dan setelah api agak reda kami beredar dari situ.

Namun timbul pula masalah lain, bagaimana kami hendak keluar dari hutan kerana kami telah terkepung di kawasan kebakaran.

Kami hanya menunggu bantuan tiba dari anggota bomba yang lain, helikopter yang mahu mengambil kami juga tidak dapat mengesan kedudukan kami kerana seluruh kawasan di litupi asap tebal dan agak merbahaya untuk helikopter membuat pendaratan.

Kami hanya mampu melihat helikopter berlegar-legar bebrapa kali di udara.

Hampir 3 jam aku menunggu dan akhirnya kami mengambil keputusan berjalan kaki keluar ke kawsan yang selamat selepas api agak reda kerana hari sudah lewat petang.

Namun satu lagi masalah timbul.. kami terpaksa berjalan kaki di dalam kawasan paya gambut yang baru terbakar yang jaraknya hampir satu kilometer jauhnya.

Bayangkan lah dengan keadaan badanku yang agak berat di tambah lagi dengan kamera yang ku bawa, menjadi masalah bagiku untuk bergerak di atas tanah yang lembut lagi panas.

Kakiku seringkali tenggelam di dalam lumpur berbara, namun kutabahkan hati menuju perjalananku sedangkan Wzwa dan dua anggota bomba tadi sudah jauh meninggalkan aku di belakang.

Hampir sejam aku terpaksa meredah lumpur berbara dengan berhati-hati, dan beberapa kali aku terjatuh.

Akhirnya aku tiba di kawasan yang belum terbakar, dan 10 minit kemudian kami di bawa menaiki helikopter untuk pulang bersama anggota yang lain.

Aku di fahamkan dua anggota bomba tercedera terkena bara api kerana berusaha menyelamatkan kami yang terperangkap.






Inilah photo yang sempat ku rakamkan semasa kejadian yang hampir meragut nyawaku.