Apr 30, 2010

DAH BERAPA LAMA KENA KENCING MANIS












Dah berapa tahun mengidap kencing manis? tanya seorang doktor yang kukenali di sebuah Hospital Swasta di Kuantan ketika aku terbaring di katil wad kecemasan pada (13/12/2009) sambil memegang tangan dan lenganku doktor itu mengulangi pertanyaan yang sama padaku, kali ini agak kuat sedikit, mungkin doktor itu menyangkakan pertanyanya tadi agak kurang jelas..Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga merenung doktor dan seorang jururawat di sebelah kiriku, maklumlah ketika aku terbaring tadi mataku terlelap seketika dan tiba-tiba aku di kejutkan dengan pertanyaan yang sedemikian...lalu dengan perlahan aku menjawab agak terperanjat.. "apa? saya ada kencing manis ke doktor?

Dengan penuh yakin doktor itu menjawab "ada, agak tinggi juga kandungan gula" sambil mengarahkan jururawarnya menyediakan ubat yang bakal di berikan padaku, sambil doktor itu mebelek-belek lapuran perubatan dihadapannya dan memberitahuku "menurut lapuran ini kandungan gula nya memang tinggi, awak saya akan berikan suntikan" ketika doktor itu membelek lapuran itu, mataku melihat jururawat sedang menyediakan ubat dan jarum suntikan yang berada di sebelahku, maklumlah aku sekarang berada di wad kecemasan yang juga menjadi tempat menyimpan segala jenis peralatan kecemasan dan ubat-ubatan disekeliling katilku.

Aku cemas dan takut seketika, bukan kerana takutkan pada jarum suntikan, kerana baru sejam tadi aku telah diberi suntikan ubat penahan sakit, tapi setahu aku rekod perubatanku bebas dari penyakit kencing manis, kenapa tiba-tiba aku mengidap penyakit itu. Mujur pada ketika itu aku terpandang pada fail lapuran perubatan yang di pegang jururawat disebelahku. Aku terperasaan fail lapuran itu agak nipis hanya beberapa helaian kertas sahaja sedangkan fail lapuranku tebalnya lebih seinci.Lalu aku bertanya pada jururawat " pesakit lain kot " sambil menyemak helaian lapuran itu " encik ni nama encik Osman ke? tanya jururawat itu, "hah bukan" kataku, "Haiya salah orang la" kata doktor sambil menepuk bahuku dan pergi dari situ lalu di ikuti jururawat tadi tersipu-sipu malu.

Aku yang dalam kebingungan terfikir sejenak apa akan terjadi padaku sekiranya aku di beri suntikan ubat penyakit kencing manis tadi dan adakah perkara sebegini pernah terjadi pada pesakit lain.Mengapakah doktor atau petugas tidak memastikan pesakit yg di rawat adalah orang yang betul.

Aku agak bernasib baik hari itu kerana tidak menerima ubat yang salah, aku terpaksa terbaring menahan kesakitan di wad berkenaan sejak dari jam 12 tengahari lagi kerana menanti untuk di tempatkan ke wad kerana semua bilik telah penuh.Sejak aku terbaring tadi beberapa kali aku berubah katil kerana memberi laluan kepada pesakit lain untuk mendapatkan rawatan, mungkin dalam suasana agak kelam kabut itu aku menjadi mangsa tersalah pesakit.Hanya selepas jam 7 malam baru aku di tempatkan di sebuah bilik.