Nov 16, 2010

KEMBOJA LAGI

Sekali lagi pada tanggal 15 oktober 2010 aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Kemboja, sejak sekembalinya aku dari sana 5 bulan yang lalu. Kali ini membawa misi yg agak berbeza, iaitu misi bantuan kemanusiaan dari pemuda Umno Bahagian Paya Pesar, Kuantan.

Biarpun hanya berpeluang selama 3 hari pada misi kali ini, tapi ia suatu kepuasan pada diriku kerana misi kali ini agak santai tidak perlu tergesa-gesa. Banyak juga tempat baru yg dapat aku kunjungi kali ini. Antarnya tempat yg menjadi satu kemestian jika ke Kemboja iaitu Killing Fields iaitu tempat pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja semasa pemerintahan kejam rejim Pol Pot sekitar tahun 1975.

Rombongan kami yg seramai 20 org ini di ketuai Ketua Bahagian Umno Paya Besar, Dato Ahmad Tajuddin Sulaiman. Hanya dua orang dari pihak media, iaitu aku dan Nor Azlina di jemput untuk menyertai rombongan ini.

Destinasi pertama kami sesudah sampai di bumi Kemboja adalah di sebuah perkampungan terpencil di bahagian utara Kemboja, kira-kira dua jam perjalanan dari bandar Phnom Penh. Misi kami kesini adalah untuk membantu masyarakat Islam disini yg hidup dalam kedaifan. Bayangkan lah dalam sebuah keluarga hanya mampu mempunyai sepasang telekung untuk solat walaupun dalam keluarga itu ada dua atau tiga orng kaum wanita, maknanya mereka terpaksa berkongsinya untuk bersolat.

Rata-rata mereka disini hidup dalam kemiskinan tegar, hanya berpeluang makan daging setahun sekali iaitu ketika ibadat qurban semasa menyambut Hari Raya Qurban.

Jelas terpancar kegembiran di wajah-wajah mereka ketika kami sampai disini, kerana mereka tahu jika ada orng yg berkunjung ke tempat mereka pasti akan membawa buah tangan terutama sekali rakyat Malaysia yg begitu prihatin dan tidak putus-putus menghulurkan bantuan.

Rombongan kali ini membawa berpuloh pasang telekung, berpuluh naskan Al Quran dan beberapa kotak pakaian terpakai yg masih elok untuk diagih-agihkan pada mereka yg memerlukan. Turut juga di hulurkan bantuan kewangan untuk mendirikan surau di perkampungan ini.












Satu lagi destinasi kami yang menjadi impianku sejak kali pertama berkunjung ke Kemboja adalah Killing Field, iaitu tempat pembunohan beramai-ramai semasa pemerintahan kejam rejim Pol Pot sekitar tahun 1976 hingga 1979 yg mengakibatkan lebih 3 juta rakyat Kemboja dibunoh kejam.Tempat yg menjadi sejarah hitam Kemboja ini mempamerkan sebahagian dari tengkorak manusia yg terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak . Juga tempat dimana Anak kecil 'dihempok' pada pokok sambil disaksikan oleh ibu masing-masing. Pokok tersebut masih ada hingga kini.






kanak-kanak dihempok pada pokok ini hingga kepala mereka berkecai dan bangunan yang menenmpatkan ribuan tengkorak mangsa



Yang menjadi kemestian berkunjung ke Phnom Penh adalah shooping di Central Market kerana pelbagai barangan dgn harga yang cukup murah boleh di perolehi disini.





Selain shoping tempat menjamu selera juga penting kerana disini kebanyakan makanannya tidak halal, jadi perlu mencari makanan yg halal.



Antara tempat makanan halal di Phnom Penh, bihun sup sedappp tapi agak manis sedikit.



makanan di bawah ini tidak halal, iaitu satay dan katak panggang
sedap kata org Kemboja jika dimakan ketika masih panas



SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT SAIZ YG LEBIH BESAR