Apr 24, 2012

MERAKAM IMEJ KILAT


 Petir atau kilat merupakan gejala alam yang biasanya terjadi ketika waktu hujan, Bagi penduduk di negara ini petir adalah sesuatu yang menakutkan kerana ianya boleh meragut nyawa manusia. Jika berlakunya hujan yang lebat serta angin yang kuat pasti akan terjadinya petir atau kilat yang sabung meyabung dan disusuli dengan dentuman guruh yang menakutkan, Lazimnya manusia akan mencari perlindungan supaya tidak terdedah kepada pancaran kilat yang seumpama aliran tenaga elektrik bervoltan tinggi itu.

Dari sudut saintifik kilat terjadi apabila udara yang turun naik didalam awan dan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik diantara permukaan bumi dan atmsofera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara.

 
 Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16 kilometer dari kawasan hujan berkenaan.

Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Satu kilat mampu menghasilkan tenaga elektrik yang besar.

Satu kali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan. Satu samabran kilat mengandungi kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan 150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali ganda lebih cepat dari bunyi.
 
Namun bagi peminat fotografi kemunculan kilat sesuatu yang dinantikan kerana diwaktu ini lah penggemar fotografi cuba untuk merakamkan sesuatu rangkaian cahaya yang indah di dada langit, yang hanya dapat dilihat dalam sekelip mata sahaja.

Bagaimanpun untuk merakamkan imej kilat ini bukan lah sesuatu yang mudah seperti merakamkan imej lain, kerana kita tidak tahu bila dan dimana akan kemunculannya, ianya lebih banyak bergantung kepada pengalaman dan juga nasib.

Buat pertama kalinya saya dapat merakamkan beberapa keping gambar kilat baru-baru ni setelah menunggu beberapa jam selepas hujan lebat.                                
                            
   

  
  


Apr 11, 2012

KESAN GEMPA BUMI DI ACHEH

Lebih 200 pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dipindahkan ke kawasan yg selamat akibat gempa bumi kuat 8.9 skala richter di Utara Aceh. Gempa bumi pertama berlaku pada jam 4.38 ptg itu menyebabkan gegarannya dapat di rasai di kebanyakan bangunan tinggi termasuk bangunan HTAA Kuantan.

Bagaimanapun gempa kali kedua sejam selapas gegaran pertama menyebabkan suasana agak kecoh di HTAA kerana petugas hospital termasuk jururawat dan doktor bergegas membawa turun pesakit yang berada di tingkat atas bangunan ini.

Bangunan baru HTAA mempunyai lapan tingkat, Kesemua pesakit di bawah ketingkat bawah bangunan bersebelahan termasuk bayi yg baru lahir.

Keadaan agak kelam kabut namun terkawal, dengan suasana pesakit agak kurang selesa kerana terpaksa berasak-asak.

Keadaan kembali tenang sejam kemudian.

pesakit yang tidak dapat bergerak terpaksa ditolak dengan katil turun ke tingkat bawah bangunan bersebelahan









keadaan pesakit di tingkat bawah yg terpaksa berasak-asak