SEGALANYA MURAH DI KEMBOJA

 Kemboja  sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadan dengan Thailand di barat,  Laos dan Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.
Negara yang mempunyai jumlah penduduk hampir 15 juta ini beribu negara di  Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti  kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke 14.

Pada 7 Jun 2010 aku berkesempatan mengunjungi negara yang terkenal dengan Angkor Watt dan Killing Field iaitu tempat pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja semasa pemerintahan rejim Pol Pot pada sekitar tahun 1975.Tapi sayang aku tidak berkesempatan mengunjungi kedua-dua tempat bersejarah itu kerana masa yang terhad.

Sambil menyelam minum air, aku ke sana atas tugasan liputan Lawatan rasmi Perdana Menteri, Dato seri Najib Tun Razak.
Walaupun hanya enam hari aku disana, berpeluang juga lah aku melihat karenah orang di sini sambil meronda cuci mata dan cuci poket di bebrapa tempat sekitar Phnom Penh.
Memang segalanya murah disini, pakaian, souvenir, barangan elektrik, barangan kemas hingglah kepada gadis-gadis Kemboja.yang menawan yang  ditemui menjadi jurujual di Centeral Market.

Phnom Penh sebuah bandar yang sentiasa sibuk dengan deruan injin motosikal, kalau memandu disini ibarat memandu di jalan raya yang tiada peraturan, memandu sesuka hati terutama motosikal yang terlalu banyak di jalanraya.Rasanya Mat rempit di Malaysia pun takut untuk menunggang motosiakal di sini.Hairannya tiada kemalangan jalanraya dapat di lihat sepanjang aku disini. Pengangkutan awam di sini adalah Tut tut.. iaitu sebuah kenderaan 4 roda yang ditarik oleh sebuah motosikal yang sedikit ubahsuai, tidak seperti di Thailand tut tut adalah motosikal yang diubahsuai sepenuhnya menjadi seperti sebuah kereta.

Dengan bayaran USD10 atau 42,000 Riel bersamaan RM32 anda berpeluang mengeliling bandar Phnom Penh sehari suntuk malah mereka sanggup menunggu jika  anda pergi membeli belah kerana mereka tidak mahu pelanggan mereka di ambil pemandu tut tut yg lain.

Jika mahu menjamu selera, terdapat beberapa restoren halal, antaranya Malaya Cafe, Mamak Cafe yang menyediakan masakan  malaysia dengan harga yg cukup murah.

Rakyaatnya memang peramah, namun kebanyakkan pemandu tut tut disini kurang fasih berbahasa Inggeris malah ada yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeri atau membaca, jadi lah seperti ayam dan itik bersembang.. atau berbahasa isyarat.

Tapi kalau berkunjung ke Centeral market kebanyakkan mereka pandai berbahasa inggeris yang boleh kita fahami, malah ada yang pandai berbahasa melayu.

Pusat mengurutnya pula bersepah (urut yang betul bukan yang menyeleweng) dengan kadar bayaran antara USD10 untuk sejam setengah perhidmatan, malah bilik yang disediakan sentiasa dipantau oleh taukenya pada setiap minit supaya ianya tidak menyeleweng dari tujuan asal