Dec 19, 2012

SEJAM TUNGGU AMBULAN.

Mengerang kesakitan, hanya itu yang mampu di lakukan oleh seorang remaja apabila terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Pantai Timur pada 16 disember lalu. Dia terpaksa menahan kesakitan hampir sejam sementara menanti ketibaan Ambulan untuk mendapatkan rawatan.

Pengguna jalanraya yg lain hanya mempu membantu sekdar yg mampu iaitu menenangkan ramaja ini kerana takut memudaratkan kecederaannya, difahamkan remaja 18 tahun ini mengalami patah kaki dan cedera di bahagian dagu serta muka.

Pelajar dari sebuah kolej di Shah Alam ini di katakan terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang diletakan di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakkan. Dia dikatakan tercampak ditengah2 jalan akibat perlanggaran ini, mujur pengguna jalan raya yg lain menyedari kejadian ini serta menghulur bantun dengan memberi arahan kepada pengguna yg lain supaya memperlahankan kenderaan mereka.

Pasukan polis peronda lebuhraya hanya tiba setengah jam kemudian untuk mengawal lalulintas.

Remaja ini adalah dalam perjalan pulang ke kolejnya di Shah Alam selepas bercuti di kampungnya di Kertih Terangganu.

           Bantuan diberikan kepada mangsa oleh pengguna Lebuh
           raya
                                         
           Terpaksa berpanas dan menahan kesakitan


             Polis tiba untuk mengawal keadaan

              Kereta putih ini dilanggar mangsa yang diparking
              dilorong kecemasan kerana  mengalamai kerosakkan.

               Kemalangan berlaku di km 208 LPT arah Kuala Lumpur


               Mangsa di tenangkan oleh pengguna LPT

               Ambulan tiba hampir sejam kemudaian dari Hospital
                Tengku Ampuan Afzan Kuantan





No comments:

Post a Comment