Feb 23, 2009

RUNTUHNYA 3 BUKIT

Pada 6 disember lalu kita di kejutkan dengan runtuhan Bukit antarabangsa yang mengorbankan 4 orang dan 15 yg lain cedera.

Kini kita sekali di kejutkan dengan runtuhan, kali ini membabitkan 3 bukit pelbagai bangsa, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan.

Bukit Gantang, Perak membabitkan Ahli Parlimennya Rosalan Shahrum dari Parti PAS yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu akibat sakit jantung.

Bukit Selambau, Kedah pula membabitkan ADUN nya V. arumugam dari PKR yang meletakkan jawatannya sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri Kedah juga pada 9 februari lalu kerana terlibat dengan salahlaku, beliau di katakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

Bukit Lanjan Selangor membabitkan ADUN nya Elizabeth Wong wakil rakyat PKR meletak jawatan sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 17 februari, kerana terbabit dengan gambar separuh bogelnya yang disebarkan melalui internet.

Sehubungan itu satu pilihanraya kecil akan di adakan untuk merebut kerusi yang telah kosong. secara tidak langsung ianya merupakan satu perebutan 3 bukit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, semoga perebutan ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Apakah akan ada bukit yang keempat akan runtuh selepas ini.....

Feb 21, 2009

DARI KUANTAN KE LUBNAN





Lubnan sebuah negara di barat laut Asia, di sebelah timur Laut Mediterranean yang bersempadan dengan Syria dan Israel, sebuah negara yang masih dalam kancah peperangan antara puak Hezbullah dan Israel. Biarpun gencatan senjata yang berulangkali, namun penduduk negara ini masih dalam ketakutan terutama di penempatan yang bersempadan dengan negara berkuku besi Israel. Pihak Israel yang rakus untuk meluaskan jajahan takluknya sanggup melakukan apa saja bagi menyempurnakan hajatnya. Yang menjadi mangsa adalah rakyaat Lubnan.

Negara yang juga di kenali sebagai Swltzerland Timur Tengah kerana kemajuan kewangannya suatu ketika dulu merupakan sebuah negara pelancongan terkenal, kini musnah angkara pertelagahan yang berlarutan.

Angkatan Tentera Malaysia melalui MALCON adalah antara negara yang dipertanggunjawabkan menjadi pasukan pengaman di bawah payung PBB melalui UNIFIL bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini.

Aku mewakili pihak media di beri tugasan bagi menggambarkan secara dekat tugasan Angotta MALCON sambil menyelami rintihan rakyaat Lubnan yang di landa kemelut ini.

Feb 20, 2009

KEINDAHAN ALAM


ANTARA KOLEKSI KEINDAHAN ALAM DARI HUJUNG LENSAKU.

Feb 19, 2009

BERNAFAS DALAM LUMPUR

'SYUKUR ALHAMDULILLAH... Aku Masih Hidup ' itulah kata-kata yang dapat aku lafazkan setelah terselamat selepas terperangkap hampir 4 jam dalam satu kebakaran hutan di Batang Berjuntai.

Aku bersama wartawan Azwaliza Azman ditugaskan untuk membuat liputan operasi memadam kebakaran hutan bersama anggota bomba di kawasan hutan Raja Muda Musa di Batang Berjuntai kira-kira 5 tahun yg lalu.

Kami di bawa menaiki helikopter jenis Augusta milik Jabatan Bomba, aku dan Wawa bersama seorang pegawai bomba diturunkan di tengah-tengah hutan kira kira-kira 100 meter dari kawasan yang terbakar.

Liputan kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kami berada di kawasan yang separuh terbakar untuk merakamkan anggota bomba memadam api.

Liputan selesai sejam kemudian dan kami berjalan pulang untuk kekawasan pendaratan helikopter untuk kembali ke pusat gerakan. kira-kira 5 kilometer dari situ.

Selepas 50 meter kami meninggalkan kawasan yang terbakar, tiba-tiba asap tebal mara kearah kami di ikuti bunyi desiran api yang membakar dengan pantas, sehinggkan jarak penglihatan kami begitu terhad, bahkan aku tidak dapat melihat orang di depanku walupun hanya beberapa meter.

Susana agak kelam kabut dan kami sedikit panik, kakiku sudah rasa mau terbakar kerana terbenam di dalam pasir jerlus yang bawahnya adalah bara api kesan kebakaran sebelumnya

Aku hampir tidak boleh bernafas biarpun memakai topeng, kerana ttidak mahu keadaa menjadi lebih buruk aku mengambil keputusan terjun kedalam parit berdekatan kerana hendak barpatah balik sudah tidak mampu kerana asap begitu tebal dan bahang kepanasan makin terasa. Ini di ikuti Wzwa dan dua anggota bomba yg lain.

Lega rasanya kerana terselamat seketika, walaupun air parit yang separas dada itu berbau masam.

Aku hanya memikirkan keselamatan kameraku supaya tidak di tenggelami air tanpa memikirkan barangan lain.

Kamera terpaksa ku junjung di kepala supaya selamat, namun handphoneku yang baru 3 bulan ku beli musnah di tenggelami air di dalam kocek vest yang ku pakai.

Hampir 30 minit kami berendam di dalam air parit yang berbau masam, dan setelah api agak reda kami beredar dari situ.

Namun timbul pula masalah lain, bagaimana kami hendak keluar dari hutan kerana kami telah terkepung di kawasan kebakaran.

Kami hanya menunggu bantuan tiba dari anggota bomba yang lain, helikopter yang mahu mengambil kami juga tidak dapat mengesan kedudukan kami kerana seluruh kawasan di litupi asap tebal dan agak merbahaya untuk helikopter membuat pendaratan.

Kami hanya mampu melihat helikopter berlegar-legar bebrapa kali di udara.

Hampir 3 jam aku menunggu dan akhirnya kami mengambil keputusan berjalan kaki keluar ke kawsan yang selamat selepas api agak reda kerana hari sudah lewat petang.

Namun satu lagi masalah timbul.. kami terpaksa berjalan kaki di dalam kawasan paya gambut yang baru terbakar yang jaraknya hampir satu kilometer jauhnya.

Bayangkan lah dengan keadaan badanku yang agak berat di tambah lagi dengan kamera yang ku bawa, menjadi masalah bagiku untuk bergerak di atas tanah yang lembut lagi panas.

Kakiku seringkali tenggelam di dalam lumpur berbara, namun kutabahkan hati menuju perjalananku sedangkan Wzwa dan dua anggota bomba tadi sudah jauh meninggalkan aku di belakang.

Hampir sejam aku terpaksa meredah lumpur berbara dengan berhati-hati, dan beberapa kali aku terjatuh.

Akhirnya aku tiba di kawasan yang belum terbakar, dan 10 minit kemudian kami di bawa menaiki helikopter untuk pulang bersama anggota yang lain.

Aku di fahamkan dua anggota bomba tercedera terkena bara api kerana berusaha menyelamatkan kami yang terperangkap.






Inilah photo yang sempat ku rakamkan semasa kejadian yang hampir meragut nyawaku.

Feb 18, 2009

TRAJEDI SEDIH


BERITA PENUH (KERATAN AKHBAR )
UTUSAN MALAYSIA 29 SEPT 1969

Mayat Nelayan Kena Tembak Di-jumpai
-----------------------------------
PORT WELD - 29 Sept - Mayat sa-orang lagi
nelayan
telah di-jumpai terapong dalam
Sungai Kuala Tiram,
dekat Port Weld
semalam.


Polis mengenali mayat nelayan itu sabagai
Chik bin
Mat Din 33 tahun, adek kapada
Bah Mat Din 43 tahun,
sa-orang nelayan
dari Kuala Terong, yangjuga
di-jumpai mati
kelmarin.


Chik bersama abang-nya telab bertolak dari
Kuala
Terong pagi hari Khamis lalu untok
menangkap ikan
dengan sampan mereka.

Mereka membawa ma-kanan chukup untok
sa-hari tetapi
telah tidak pulang pada petang
hari itu.


Sampan

Mayat Bah telah di-jumpai oleh sa-orang nelayan
lain, Awa1uddin Abdul Majid, dalam sa-buah sampan
sementara mayat adek-nya Chik di-jumpai oleb Ranger
Hutan semalam yang kemudian-nya mengadu ka-pada
polis.

Enam liang kesan2 luka kena tembak telah di-jumpai
pada mayat Chik sa-hingga hari ini polis maseh belum
mengetahui tujuan pembunohan itu, tetapi sedang
menjalankan penyiasatan.

Belum ada apa2 tangkapan di-buat berhubong dengan
pembunohan tersebut.
Seawal usia ku 8 tahun, aku kehilangan orang yang tersayang. Aku yang baru mahu mengenal erti kehidupan terpaksa menerima suratan takdir Ilahi, lebih menyayat hati pemergian bapaku kerana terlibat dalam trajedi berdarah rentetan peristiwa 13 mei 1969. Kejadian 40 tahun lalu masih segar dalam ingatanku, yang takan kulupa sepanjang hayatku. Lebih mengharukan bapaku dibunoh kejam bersama adiknya (bapa saudaraku) yang pada ketika itu mahu menolongnya.

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa nama dalam berita keratan akhbar yang di paparkan tidak sama dengan nama bapaku sekarang.. Mengikut dalam kad pengenalan nama bapa ku yang sebenar adalah Bah @Ahmad.