Feb 19, 2009

BERNAFAS DALAM LUMPUR

'SYUKUR ALHAMDULILLAH... Aku Masih Hidup ' itulah kata-kata yang dapat aku lafazkan setelah terselamat selepas terperangkap hampir 4 jam dalam satu kebakaran hutan di Batang Berjuntai.

Aku bersama wartawan Azwaliza Azman ditugaskan untuk membuat liputan operasi memadam kebakaran hutan bersama anggota bomba di kawasan hutan Raja Muda Musa di Batang Berjuntai kira-kira 5 tahun yg lalu.

Kami di bawa menaiki helikopter jenis Augusta milik Jabatan Bomba, aku dan Wawa bersama seorang pegawai bomba diturunkan di tengah-tengah hutan kira kira-kira 100 meter dari kawasan yang terbakar.

Liputan kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kami berada di kawasan yang separuh terbakar untuk merakamkan anggota bomba memadam api.

Liputan selesai sejam kemudian dan kami berjalan pulang untuk kekawasan pendaratan helikopter untuk kembali ke pusat gerakan. kira-kira 5 kilometer dari situ.

Selepas 50 meter kami meninggalkan kawasan yang terbakar, tiba-tiba asap tebal mara kearah kami di ikuti bunyi desiran api yang membakar dengan pantas, sehinggkan jarak penglihatan kami begitu terhad, bahkan aku tidak dapat melihat orang di depanku walupun hanya beberapa meter.

Susana agak kelam kabut dan kami sedikit panik, kakiku sudah rasa mau terbakar kerana terbenam di dalam pasir jerlus yang bawahnya adalah bara api kesan kebakaran sebelumnya

Aku hampir tidak boleh bernafas biarpun memakai topeng, kerana ttidak mahu keadaa menjadi lebih buruk aku mengambil keputusan terjun kedalam parit berdekatan kerana hendak barpatah balik sudah tidak mampu kerana asap begitu tebal dan bahang kepanasan makin terasa. Ini di ikuti Wzwa dan dua anggota bomba yg lain.

Lega rasanya kerana terselamat seketika, walaupun air parit yang separas dada itu berbau masam.

Aku hanya memikirkan keselamatan kameraku supaya tidak di tenggelami air tanpa memikirkan barangan lain.

Kamera terpaksa ku junjung di kepala supaya selamat, namun handphoneku yang baru 3 bulan ku beli musnah di tenggelami air di dalam kocek vest yang ku pakai.

Hampir 30 minit kami berendam di dalam air parit yang berbau masam, dan setelah api agak reda kami beredar dari situ.

Namun timbul pula masalah lain, bagaimana kami hendak keluar dari hutan kerana kami telah terkepung di kawasan kebakaran.

Kami hanya menunggu bantuan tiba dari anggota bomba yang lain, helikopter yang mahu mengambil kami juga tidak dapat mengesan kedudukan kami kerana seluruh kawasan di litupi asap tebal dan agak merbahaya untuk helikopter membuat pendaratan.

Kami hanya mampu melihat helikopter berlegar-legar bebrapa kali di udara.

Hampir 3 jam aku menunggu dan akhirnya kami mengambil keputusan berjalan kaki keluar ke kawsan yang selamat selepas api agak reda kerana hari sudah lewat petang.

Namun satu lagi masalah timbul.. kami terpaksa berjalan kaki di dalam kawasan paya gambut yang baru terbakar yang jaraknya hampir satu kilometer jauhnya.

Bayangkan lah dengan keadaan badanku yang agak berat di tambah lagi dengan kamera yang ku bawa, menjadi masalah bagiku untuk bergerak di atas tanah yang lembut lagi panas.

Kakiku seringkali tenggelam di dalam lumpur berbara, namun kutabahkan hati menuju perjalananku sedangkan Wzwa dan dua anggota bomba tadi sudah jauh meninggalkan aku di belakang.

Hampir sejam aku terpaksa meredah lumpur berbara dengan berhati-hati, dan beberapa kali aku terjatuh.

Akhirnya aku tiba di kawasan yang belum terbakar, dan 10 minit kemudian kami di bawa menaiki helikopter untuk pulang bersama anggota yang lain.

Aku di fahamkan dua anggota bomba tercedera terkena bara api kerana berusaha menyelamatkan kami yang terperangkap.






Inilah photo yang sempat ku rakamkan semasa kejadian yang hampir meragut nyawaku.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..syukur tiada pkara buruk yg brlaku..
    ngeri baca entry ni, tbayang macamana kalau sy yg kne hadapi situasi mcm tu..nauzubillah!

    ReplyDelete
  2. mekasih datin kerana sudi membacanya.. semoga dapat di jadikan pedoman dan panduan utk kehidupan ini..

    ReplyDelete