Feb 23, 2009

RUNTUHNYA 3 BUKIT

Pada 6 disember lalu kita di kejutkan dengan runtuhan Bukit antarabangsa yang mengorbankan 4 orang dan 15 yg lain cedera.

Kini kita sekali di kejutkan dengan runtuhan, kali ini membabitkan 3 bukit pelbagai bangsa, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan.

Bukit Gantang, Perak membabitkan Ahli Parlimennya Rosalan Shahrum dari Parti PAS yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu akibat sakit jantung.

Bukit Selambau, Kedah pula membabitkan ADUN nya V. arumugam dari PKR yang meletakkan jawatannya sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri Kedah juga pada 9 februari lalu kerana terlibat dengan salahlaku, beliau di katakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

Bukit Lanjan Selangor membabitkan ADUN nya Elizabeth Wong wakil rakyat PKR meletak jawatan sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 17 februari, kerana terbabit dengan gambar separuh bogelnya yang disebarkan melalui internet.

Sehubungan itu satu pilihanraya kecil akan di adakan untuk merebut kerusi yang telah kosong. secara tidak langsung ianya merupakan satu perebutan 3 bukit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, semoga perebutan ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Apakah akan ada bukit yang keempat akan runtuh selepas ini.....

4 comments:

  1. Ini namanya penyusunan geopolitik Malaysia.. Mula ke KUALA Terengganu, kemudian naik BUKIT turun BUKIT, lepas ni ke Batang (SUNGAI) Ai.. kalau ikut geografi mungkin kalau tak ke Lembah mungkin Pantai pula.

    ReplyDelete
  2. tiga bukit satu batang? waw!
    yang pasti dua bukit satu batang!

    ReplyDelete
  3. alo bro..kawaan lama kat cm era 86-87?..ingat aku lagi?hehe..ada masa singgah blog aku
    http://www.pestajiwa.net

    selamat..meor

    ReplyDelete
  4. sah, tiga bukit satu batang!
    (tak dapat gua bayangkan kedudukannya)

    ReplyDelete