Dari sudut saintifik kilat terjadi apabila udara yang turun naik didalam awan dan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik diantara permukaan bumi dan atmsofera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara.
Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Satu kilat mampu menghasilkan tenaga elektrik yang besar.
Satu kali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan. Satu samabran kilat mengandungi kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan 150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali ganda lebih cepat dari bunyi.
Namun bagi peminat fotografi kemunculan kilat sesuatu yang dinantikan kerana diwaktu ini lah penggemar fotografi cuba untuk merakamkan sesuatu rangkaian cahaya yang indah di dada langit, yang hanya dapat dilihat dalam sekelip mata sahaja.
Bagaimanpun untuk merakamkan imej kilat ini bukan lah sesuatu yang mudah seperti merakamkan imej lain, kerana kita tidak tahu bila dan dimana akan kemunculannya, ianya lebih banyak bergantung kepada pengalaman dan juga nasib.
Buat pertama kalinya saya dapat merakamkan beberapa keping gambar kilat baru-baru ni setelah menunggu beberapa jam selepas hujan lebat.